Acara Akan Datang

Khidmat Pelanggan

1300 800 016

03-40233702

03-40234702

Isnin - Jumaat : 9.00 am - 6.00 pm

Sabtu                 : Melalui temujanji

Sertai Kami di Facebook!

ISO 9001:2008

Mengenai Kami

Omeco (M) Sdn Bhd (Omeco) telah ditubuhkan pada bulan Januari 2002.   Pada dasarnya penubuhan Omeco adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai makanan sampingan yang berkhasiat untuk kesihatan di dalam dunia global.  Omeco bukan sahaja mempunyai perancangan masa kini, malah Omeco juga telah merancanakan beberapa projek mega bagi meningkatkan lagi taraf kedudukan Omeco dan juga produk-produk keluarannya ketahap yang membanggakan setanding dengan produk keluaran negara-negara luar.

Sebelum Omeco dikenali di Malaysia, ianya telah lebih dikenali dan mendapat kepercayaan para pedagang dan juga pengguna di Negara-Negara Teluk dan Afrika terutama sekali produk kesihatan dan peralatan pakai buang yang pengkhususannya digunakan bagi tujuan kesihatan dan perubatan.  Sememangnya produk utama bagi Omeco ialah produk minuman bijirin yang baik serta berkhasiat untuk kesihatan. Memandangkan permintaan yang begitu tinggi dan keyakinan para pengguna yang amat memberangsangkan, maka dengan itu tertubuhlah syarikat Omeco (M) Sdn Bhd.  Omeco seterusnya memulakan operasinya di Malaysia secara meluas.  Malaysia menjadi tapak bagi Omeco untuk terus berkembang dalam dunia perniagaan.